Bunga Raya memang tak asing lagi dengan anda, kan? Selain
merupakan bunga kebangsaan, ia mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk
penjagaan diri. Cuma kali ini, saya ingin fokuskan khasiat bunga raya putih.
Jika anda masih ingat, saya pernah kongsikan salah satu khasiatnya tak lama
dulu. Iaitu ia boleh digunakan untuk melegakan sakit mata. Anda boleh
klik artikel yang bertajuk "Cara
Melegakan Sakit Mata" sebagai rujukan ya. Selain sakit mata, anda
boleh manfaatkan bunga raya putih untuk beberapa lagi perkara. Iaitu menghilangkan
kelemumur, menghitamkan serta mengilatkan rambut dan mengurangkan
rasa panas badan. Kalau sebelum ini khasiatnya tertumpu pada akar, untuk
petua kali ini anda perlu menggunakan daunnya pula.
A. Menghilangkan Kelemumur, Menghitamkan serta Mengilatkan Rambut
1. Ambil beberapa helai daun
bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.
2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.
3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian
rambut.
4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala anda
ya.
5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut anda dengan menggunakan air
bersih.
B. Mengurangkan
Panas Badan
1. Ambil beberapa helai daun
bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar saja.
2. Ramaskan daun tadi dengan menambahkan sedikit air.
3. Kemudian, anda lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan.
4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, anda boleh demahkan
saja air ramasan tersebut kat atas kepala.
Begitulah saja petua yang
dapat saya kongsikan kali ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda semua. Cubalah
ya!
Ruj: khasiat-bunga-raya-putih
Nama Tempatan : Bunga
Raya.
Nama Lain : Kembang Sepatu, Mawar Cina.
Nama Saintifik : Hibiscus Rosa Sinensis.
Famili : Malvaceae.
Kegunaan/Khasiat :
-Air
rebusan bunganya diminum untuk mengurangkan batuk yang berkahak, melancarkan
saluran kencing dan perjalanan haid yang tidak teratur.
-Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati deman panas.
-Air rebusan akarnya dibuat mandian untuk mengurangkan suhu badan.
-Air rebusan daunnya diminum untuk mengubati batuk.
-Daunnya ditumbuk dan lendirnya disapukan di kepala dapat melebatkan dan
menghitamkan rambut atau dilumurkan dibadan untuk mengubati demam.
-Daunnya dihancurkan dan ditampal pada tempat sakit bagi merawat radang kulit
yang bernanah, radang payudara dan radang kelenjar.
Pernah saya minum air bunga raya di sebuah cafe ala
arabia, rasanya ada sedikit masam seakan-akan rasa jus Cranberry yang asli.
Memang benar ianya melancarkan saluran kencing, kerap ke tandas setelah minum
dua gelas besar. :)
Bunga raya atau nama
saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga
Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.
-mengandungi musilaj
polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan
antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa
sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.
Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga
raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh. Bunganya mengandungi
antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian
terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol
pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
KHASIAT
BUNGA RAYA-Petua:
bunga raya dan
daunnya yg ditumbuk lumat:
-ditampal pd kulit
untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan
penyakit kulit.
-daun bunga raya
mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
bunga raya direbus dgan air mendidih :
-boleh dijadikan
losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
-boleh diminum untuk
rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid,
bronchitis, selsema,
mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
-ditampal pd masalah
bisul
air rebusan kudup
bunga:
-boleh diminum dan
mampu menambahkan banyak air mani dan
merawat bengkak salur
kencing.
Daun muda dan
pucuknya:
-disapu pada peru ibu
yang akan bersalin untuk memudahkan
melahirkan anak dan
proses mengeluarkan uri.
daun bunga raya
direbus dlm air mendidih:
-boleh dijadikan
losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih
ditumbuk lumat dan direbus.
-boleh diminum untuk
merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan
seksual, melawaskan
pembuangan air kecil dan boleh dijadikan
penawar racun.
-air rebusan akar
diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu
haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah
dan bengkak.
bunga raya merah
dicampur dungan jus limau nipis - akan menghasilkan pewarna merah yang
boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain2.
Bunga raya memang mudah didapati di
sekitar kediaman kita. Ia adalah jenis tumbuhan yang senang hidup dan kaedah
penanaman yang selalu dilakukan adalah melalui potongan batangnya. Tahukah anda
bahawa bunga raya akan kembang 1 hari sahaja dan ia akan gugur pada keesokan
harinya.Ia akan berbunga selalu tanpa perlu penjagaan yang rapi.
Sebenarnya, pokok bunga raya ini
banyak khasiatnya terutamanya dari spesis bunga raya putih. Daun bunga raya
putih boleh menyejukkan suhu badan. Caranya ialah dengan merendam daunnya di
dalam air. Ramas daun berkenaan sehingga ia mengeluarkan lendir. Kemudian
rendam tuala kecil di dalam air daun bunga raya putih yang telah diramas itu.
Ambil sisa daun bunga raya yang ada di tuala kecil tersebut dan pupukkan di
dahi pesakit yang demam.Insyallah suhu akan menurun dan ia juga dapat melegakan
suhu panas di dalam badan kita.
Selain itu daun bunga raya boleh
mengatasi masalah rambut gugur. Caranya ialah bersihkan daun bunga raya
terlebih dahulu dan ramas daun bunga raya di dalam baldi sehingga keluar air
yang kehijauan. Basuh rambut menggunakan air tersebut selama beberapa minit dan
kemudian bolehlah dibilas.Amalkan untuk beberapa ketika untuk melihat hasilnya.
Kajian dan penyelidikan telah dibuat
dan mendapati bahawa ekstrak dari bunga raya baik untuk kesihatan kita. Ini
adalah kerana bunga raya mempunyai antioksidan yang dapat mengawal tahap
kolestrol di dalam badan kita.