Tuesday 18 December 2012

Our first green shopping mall


Our first green shopping mall


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/24/nation/11541593&sec=nation  

Sunday June 24, 2012    enghock@thestar.com.my

SHAH ALAM: The country's first green shopping complex was opened to much fanfare and looks set to be a hit with big name retailers. Setia City Mall, designed to save energy and water, is the first to receive the Malaysian Green Building Index accreditation with a provisional Silver Certificate. “We oriented the building so it doesn't get too hot and harvest rainwater to water the landscaping,” said its development director Robert Spinks. The building also comes with green car park bays, which can recharge electric cars. “As soon as the cars are sold, the bays will be ready,” said Spinks. Besides the accreditation, the mall is also the first in the country to provisionally receive Singapore's Building and Construction Authority's Green Mark gold award. With the mall's opening yesterday, Setia Alam is fast becoming a self-sufficient township. With more than 230 retailers, residents of Shah Alam and Klang do not need to travel far to get to big names such as Parkson, Golden Screen Cinemas, Harvey Norman and Fitness First. The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah graced the launching. SP Setia president and CEO Tan Sri Liew Kee Sin expressed pride in the project, which is fully tenanted. “With over 700,000 sq ft of lettable area, the mall will create more than 2,000 jobs.” He added that a convention hall, the largest in the Klang Valley, will also be built in Setia Alam. Setia City Mall was jointly developed by SP Setia and Asian Retail Investment Fund.

Bunga Raya Putih



 
Bunga Raya memang tak asing lagi dengan anda, kan? Selain merupakan bunga kebangsaan, ia mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk penjagaan diri. Cuma kali ini, saya ingin fokuskan khasiat bunga raya putih. Jika anda masih ingat, saya pernah kongsikan salah satu khasiatnya tak lama dulu. Iaitu ia boleh digunakan untuk melegakan sakit mata. Anda boleh klik artikel yang bertajuk "Cara Melegakan Sakit Mata" sebagai rujukan ya. Selain sakit mata, anda boleh manfaatkan bunga raya putih untuk beberapa lagi perkara. Iaitu menghilangkan kelemumur, menghitamkan serta mengilatkan rambut dan mengurangkan rasa panas badan. Kalau sebelum ini khasiatnya tertumpu pada akar, untuk petua kali ini anda perlu menggunakan daunnya pula.

A. Menghilangkan Kelemumur, Menghitamkan serta Mengilatkan Rambut

1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.

2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.

3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.

4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala anda ya.

5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut anda dengan menggunakan air bersih.



B. Mengurangkan Panas Badan

1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar saja.

2. Ramaskan daun tadi dengan menambahkan sedikit air.
3. Kemudian, anda lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan.

4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, anda boleh demahkan saja air ramasan tersebut kat atas kepala.

Begitulah saja petua yang dapat saya kongsikan kali ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda semua. Cubalah ya!
Ruj:
khasiat-bunga-raya-putih

 
 

 

Nama Tempatan : Bunga Raya.
Nama Lain : Kembang Sepatu, Mawar Cina.
Nama Saintifik : Hibiscus Rosa Sinensis.
Famili : Malvaceae.
Kegunaan/Khasiat :


-Air rebusan bunganya diminum untuk mengurangkan batuk yang berkahak, melancarkan saluran kencing dan perjalanan haid yang tidak teratur.
-Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati deman panas.
-Air rebusan akarnya dibuat mandian untuk mengurangkan suhu badan.
-Air rebusan daunnya diminum untuk mengubati batuk.
-Daunnya ditumbuk dan lendirnya disapukan di kepala dapat melebatkan dan menghitamkan rambut atau dilumurkan dibadan untuk mengubati demam.
-Daunnya dihancurkan dan ditampal pada tempat sakit bagi merawat radang kulit yang bernanah, radang payudara dan radang kelenjar.

Pernah saya minum air bunga raya di sebuah cafe ala arabia, rasanya ada sedikit masam seakan-akan rasa jus Cranberry yang asli. Memang benar ianya melancarkan saluran kencing, kerap ke tandas setelah minum dua gelas besar. :)

 


 Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.

-mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yg memberikan rasa sejuk pd kerongkong dan rongga paru-paru.
Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh. Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.

KHASIAT BUNGA RAYA-Petua:

bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:

-ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.

-daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
bunga raya direbus dgan air mendidih :

-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.

-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid,

bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.


kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:

-ditampal pd masalah bisul

air rebusan kudup bunga:

-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan

merawat bengkak salur kencing.

Daun muda dan pucuknya:

-disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan

melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.

daun bunga raya direbus dlm air mendidih:

-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.

akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.

-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan

seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan

penawar racun.

-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.

bunga raya merah dicampur dungan jus limau nipis - akan menghasilkan pewarna merah yang boleh dijadikan pewarna yg digunakan pada biskut, kek, makanan lain2.




Bunga raya memang mudah didapati di sekitar kediaman kita. Ia adalah jenis tumbuhan yang senang hidup dan kaedah penanaman yang selalu dilakukan adalah melalui potongan batangnya. Tahukah anda bahawa bunga raya akan kembang 1 hari sahaja dan ia akan gugur pada keesokan harinya.Ia akan berbunga selalu tanpa perlu penjagaan yang rapi.

Sebenarnya, pokok bunga raya ini banyak khasiatnya terutamanya dari spesis bunga raya putih. Daun bunga raya putih boleh menyejukkan suhu badan. Caranya ialah dengan merendam daunnya di dalam air. Ramas daun berkenaan sehingga ia mengeluarkan lendir. Kemudian rendam tuala kecil di dalam air daun bunga raya putih yang telah diramas itu. Ambil sisa daun bunga raya yang ada di tuala kecil tersebut dan pupukkan di dahi pesakit yang demam.Insyallah suhu akan menurun dan ia juga dapat melegakan suhu panas di dalam badan kita.

Selain itu daun bunga raya boleh mengatasi masalah rambut gugur. Caranya ialah bersihkan daun bunga raya terlebih dahulu dan ramas daun bunga raya di dalam baldi sehingga keluar air yang kehijauan. Basuh rambut menggunakan air tersebut selama beberapa minit dan kemudian bolehlah dibilas.Amalkan untuk beberapa ketika untuk melihat hasilnya.

Kajian dan penyelidikan telah dibuat dan mendapati bahawa ekstrak dari bunga raya baik untuk kesihatan kita. Ini adalah kerana bunga raya mempunyai antioksidan yang dapat mengawal tahap kolestrol di dalam badan kita.