Sunday, 29 April 2012

Petua Mandi wap


Petua Mandi wap orang dulu2:-

1.       Hamam dalam bahasa arab. Boleh gunakan jenama BOSCH. Jenama Karcher kekurangan spare part. Mandi kena fully Naked! Pakaian anda hanyalah selubung plastik aje.

2.       Petua orang dulu2: MULAKAN mandi dengan :-
a.       basuh kaki diikuti ke calves, peha, punggung, abdomen, thorax, neck dan baru kepala.
b.      Bila air dah kena kepala barulah boleh dijirus seluruh badan.
c.       mandi wap atau air sejuk boleh praktikkan cara ini.

3.       Mulakan mandi wap dengan basahkan kedua tapak kaki dari jari bawa ke belakang.
a.       Duduk atas kerusi plastik.
b.      Gunakan plastik alas meja atau baju hujanb untuk selubung kan badan anda
c.       Selubung kan badan anda
d.      Tak tahan panas, buka plastik dan jirus air sejuk ke badan anda.
e.      Tutup semula plastik dan repeat mandi wap.
f.        Tak tahan panas, buka plastik dan jirus air sejuk ke badan anda.
g.       Ulang  c d e f selama 30 minit.
h.      Buat 3 x seminggu.
i.         Jangan lupa basuh selimut plastik ini kerana ia berminyak dan boleh menyebabkan selimut plastik ini berbau busuk dan tidak boleh digunakan lagi.

4.       Kekerapan mandi wap menyebabkan anda berpeluh lebih daripada berpeluh semasa jogging. Peluh ini mengandungi chemical, bahan kumuh, asid lemak, elektrolit dsbnya.

5.       Bertangas: elok untuk orang perempuan for Vagina Muscle:
a.       Jirus air sejuk dulu.
b.      Selubungkan badan pada aras pinggang.
c.       Biarkan semburan stim datang dari bawah.
d.      Tak tahan buka selubung plastik dan jirus air sejuk.

6.       Untuk kecilkan peha:
a.       Lembabkan peha dengan air sejuk.
b.      Sembur stim kepada peha.
c.       Tak tahan panas stop semburan dan sapukan minyak pencair lemak (RM19) pada peha.
d.      Balut peha dengan plastik.
e.      Ulang pada peha yang satu lagi.

7.       Untuk kecilkan Abdomen:
a.       Lembabkan perut dengan air sejuk. Sembur stim kepada perut. Tak tahan panas stop semburan dan sapukan minyak pencair lemak pada perut. Balut abdomen dengan plastik.

Hawthorn kuatkan Jantung


Hawthorn kuatkan Jantung

If you read Over-The-Counter Natural Cures, then you know that
hawthorn is Mother Nature's most potent cure for preserving heart health.

1.   Hawthorn strengthens the heart.
2.   Hawthorn wards off blood clots.
3.   Hawthorn increases oxygen distribution.

Watch this 1-minute video to see how easy it can be to have perfect cardiovascular health!  Hurry, only 439 bottles left in stock!

www.getcardiofx.com

Did you now that it does a ton more when mixed with grape seed extract, magnesium citrate and garlic? "My husband was sleeping with oxygen for 2 years, and taking meds for blood pressure.Doctors told us it was permanent and that his circulation was never going to improve without meds and oxygen. Four weeks on CardioFX, he is off drugs AND DOESN'T SLEEP WITH AN OXYGEN TANK!"   -  Diane
"BTW, CardioFX stuff is legit. I take it before most workouts, but  especially before big ones like the OC qualifier and Fight Gone Bad. Thanks for the recommendation."   -  Crossfitter

Watch this 1-minute video to see how easy it can be to have perfect cardiovascular health!  Hurry, only 439 bottles left in stock!

www.getcardiofx.com

Dare to live young!     The People's Chemist
3600 Cerrillos Dr. #714C-802
Sante Fe, New Mexico 87507

Beras Perang bermutu tinggi


Beras Perang bermutu tinggi

http://www.majalahsains.com/2012/03/saintis-ukm-hasilkan-beras-perang-bermutu-tinggi/

Saintis UKM Hasilkan Beras Perang Bermutu Tinggi
by editor on Mar 2, 20129:41 am No Comments

BANGI, 23 Feb. 2012 – Setelah menjalankan penyelidikan selama tujuh tahun, para ahli sains UKM berjaya menghasilkan sejenis beras perang yang boleh meningkatkan pengeluaran beras negara selain sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis. Pakar Genetik Tumbuhan dan Bioteknologi, dari Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof Dr Wickneswari Ratnam, dengan dibantu 14 orang ahli sains fakulti itu telah berjaya menghasilkan beras perang bermutu tinggi dan rendah indeks glisimiknya. Hasil penyelidikan sejak 2002 itu berjaya menghasilkan padi terbaru varian G33 diberi nama UKMRC9 yang mampu meningkatkan pengeluaran beras sejajar matlamat pengkajian berkenaan. Ia dicapai melalui pembiakan konvensional iaitu kacukan terkawal di antara padi Cultivar MR219 dengan padi liar Oryza rufipogon. Ia melibatkan pemindahan ‘gen’ padi liar ke padi yang digunakan sekarang yang telah diusahakan oleh MARDI (Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia). Prof Wickneswari telah di bantu oleh Dr K K Sabu, Dr Lim Li Sze, Dr Atiqur Bhuiyan, Dr Abdul Rahim Harun, En Parviz Fasahat, Puan Ngu Mee Siing, En Abdullah M Zain, Puan Site Zuraini Abdul Rahman, Dr Narimah Md Kairudin, Dr Tilakavati Karupiah, Prof Aminah Abdullah, Dr Kharidah Muhammad, En Chua Khun Aik dan En Tan Choon Heen untuk merancang, menggerak dan menjayakan penyelidikan itu. Ia juga melibatkan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan MARDI. Dalam satu pertemuan dengan Portal Berita UKM, Prof Wickneswari berkata kacukan itu dibuat secara konvensional. “Kami tidak membuat sebarang manipulasi. Kami ambil debunga daripada padi liar kemudian didebungakan dengan padi moden sekarang lantas kami gunakan apa dipanggil ‘penanda genetik’ untuk menentukan sama ada ia memang kacukan atau tidak. “Ini kerana ada kemungkinan ia tidak menjadi dan kami juga mahu tahu sebanyak mana gen padi liar berpindah ke padi moden,” kata beliau. Walaupun pada mulanya penyelidikan itu adalah untuk mencari baka yang boleh meningkatkan pengeluaran beras negara ia juga telah berjaya menghasilkan padi yang sesuai untuk pesakit kencing manis. Secara ringkasnya, kata beliau, ciri-ciri UKMRC9 adalah ia sederhana tinggi, tumbuh dalam masa 125 hari, rupa bentuknya yang diinginkan, ia mengeluarkan hasil beras yang tinggi iaitu 5.5 tan setiap hektar, ia kalis penyakit barah dan berasnya sederhana panjang. Ciri biokimianya pula adalah kandungan amilosa 19-20 peratus, kandungan fenolik yang tinggi dan padi ini adalah satu sumber antioksidan yang tinggi. Peringkat pertama penyelidikan selama tiga tahun dari 2002 dibiayai dengan peruntukan RM840,000 dari Kerajaan. Ia kemudian disambung hingga 2009 dengan pemberian peruntukan RM1 juta dari kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Penyelidikan itu telah didorongkan masalah negara menghadapi kekurangan bekalan beras pada 2002 dengan harga pasarannya juga telah meningkat. Kerajaan waktu itu melancarkan program bagi memastikan negara akan dapat mengadakan bekalan berasnya yang mencukupi. “Ketika itu saya ingat kita hanya mencapai kadar 60 peratus dari keperluan beras. Tetapi selepas itu kerajaan mahu kadar itu ditambah kepada 90 peratus dan kini mensasar untuk dapat mengeluarkan padi secukupnya bagi keseluruhan keperluan negara. “Isunya ialah bagaimana kita mampu tingkatkan pengeluaran beras melalui penyelidikan. Ketika itu penyelidikan sama sudah dijalankan di China dan Amerika Syarikat menggunakan padi liar, Oryza rufipogon yang berasal daripada Malaysia”, tambah beliau. Selain itu bagi kita di Malaysia, ada juga beras merah dan beras hitam iaitu jenis padi huma yang di tanam di Sarawak. Bagi beras perang, ia di tanam secara percubaan di Stesen MARDI di Seberang Perai melibatkan tiga daripada lima varieti diperolehi di samping lapan lagi jenis beras putih yang hasilnya juga tinggi dan sesuai ditanam di kawasan sawah menghijau. “Kita sudah minta orang memasak beras ini dan mendapati penghadamannya agak perlahan. Ia tahan lama di dalam usus jadi kita tidak akan mengalami peningkatan mendadak paras glukosa,” kata beliau. Prof Wickneswari berkata warna beras kemerah-merahan itu tidak disengajakan tetapi ia ditemui secara kebetulan. Pendebungaan terkawal dilakukan diikuti kacukan balik. Daripada 260 anak pokok yang kami perolehi ada lima yang membawa ciri kemerah-merahan sedang yang lain bewarna putih. ‘Merah’ ini adalah daripada padi liar tetapi sekamnya kelihatan hitam sedangkan isinya perang. “Kita kacuk sekali, kemudian kacukan balik dua kali dengan padi moden demi mengurangkan kesan-kesan negatif berasal daripada padi liar. Lagipun padi liar tidak cantik rupanya,” beliau menambah. Bercakap mengenai padi liar Oryza rufipogon, Prof Wickneswari berkata ia tidak boleh dimakan dan adalah ‘saudara liar’ kepada beras tetapi ia dikatakan asal-usul bagi beras yang kita makan hari ini iaitu Oryza sativa. “Padi ada sembilan jenis ‘genome’ dengan semuanya sangat berbeza. Yang ditanam di kawasan tropika berbeza dengan yang ditanam di sawah kawasan temperat seperti di Afrika iaitu Oryza glaberrima. Tahap terakhir dalam projek itu selepas selesai segala dokumentasi yang telah dapat disiapkan pada November tahun lalu, tidaklah lain daripada berusaha memasarkannya. “Saya sudah serahkan hak pengkomersialan kepada UKM Technology dan telah pun memeterai satu perjanjian dengan sebuah syarikat pengeluar benih untuk mengujinya,” kata Prof Wickneswari.

Sumber : UKM News Portal

Sunday, 22 April 2012

Khasiat Habbatus Sauda



Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “Tetaplah kamu dengan Habbatussauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati”.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Sunday, 15 April 2012

Sabah snake grass ubat kanser

Jumaat, 22 Julai 2011

Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser


Assalamualaikum guys... Rasanya sekarang ramai dikalangan kita atau keluarga mendapat penyakit kanser. Adakah ini berpunca dari keturunan atau penyakit itu datang dari pemakanan kita?? Terlalu banyak memakan makanan segera dalam tin juga boleh membawa kepada gejala penyakit. Begitu juga air atau makanan yang disimpan dalam bekas plastik dan bekas polystyrene yang tidak selamat juga boleh membawa kepada kanser.

Berbalik kepada khasiat DAUN BELALAI GAJAH atau SABAH SNAKE GRASS. Pernah dengar bukan? Ada yang pernah dan ada yang tidak tapi tidak kisahlah asalkan daun ini boleh membantu kita dari penyakit yang boleh membawa kepada maut iaitu KANSER. Sebenarnya agak susah untuk mendapatkan daun belalai gajah ini. Tetapi banyak terdapat di perkampungan sahaja.

Khasiat DAUN BELALAI GAJAH atau SABAH SNAKE GRASS boleh mengubati penyakit Kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patiens, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi.

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah
  • Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

  • Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.


Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :
  • Stage 1 : 30 daun setiap hari
  • Stage 2 : 50 daun setiap hari
  • Stage 3 : 100 daun setiap hari
  • Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari
Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah

Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikot, serai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit merbahaya (Ara Padang, Semalu, Akar Rumput, Bayam Duri, Belimbing pasir, Kemunting Cina, Letup letup, Rempah Gunung dsbnya). Klik tajuk2 dibawah ini untuk khasiat2 buah2an dan sayur2an yang merawat KANSER.

P.S. Perbanyakkan memakan buah betik dan nenas kerana buah2an ini banyak membantu semasa pemprosesan meminum jus daun belalai gajah, beet root, biji aprikot, daun durian belanda. Selamat mencuba dan yang penting pasang nawaitu dalam hati supaya lekas sembuh. InsyaAllah itu semua dgn izin-Nya
P.S.1 kedua.. Jalan terbaik adalah jika jumpa daun belalai gajah nih ambil batangnya untuk ditanam.. Tanamlah dikawasan rumah agar mudah untuk kita mendapatkannya.. selamat bercucuk tanam...

Selasa, 19 Julai 2011

Ladang daun belalai gajah @ sabah snake grass ada di Seremban


Uncle Yip di ladang Pekan Pantai Seremban.. Lebat dan banyak betul daun Belalai Gajah nih..
Assalamualaikum guys... Finally alhamdulillah... Berkat pertolongan dan info dari sahabat kita Raja Sakdah akhirnya bertemu juga dengan herba yang boleh merawat penyakit KANSER iaitu daun Belalai Gajah @ Sabah Snake Grass ini. Memang sangat susah untuk mendapatkan bekalan ini namun tidak dijangka ada juga yang menanamnya dengan banyak sekali.
Jom kita kenal dengan Uncle Yik Poh Ling dari Pekan Pantai Seremban. Beliau adalah salah seorang penanam daun belalai gajah. Ladang herba ini terletak berhampiran bandar Pantai kira2 10km dari Seremban. Ladang seluas 12 hektar ini bukan saja mempunyai herba daun belalai gajah tetapi juga ditanam lebih 500 herba yang lain dan sebilangannya berasal dari negara Asia. Meh baca selanjutnya di blog beliau Uncle Yik Poh. Hubungi atau datang terus ke ladang beliau di Pekan Seremban 012-6773693

Nota:
Semoga apa yang korang tercari2 sekarang ini sudah dapat diatasi. Pergilah kesana dan bantulah kepada mereka yang memerlukan. Dan cubalah cara yang aku pernah berikan sebelum ini. Baca sini dan sini untuk mengetahui cara membuat jus serta pantang2nya semasa pengambilan daun herba ini.
P.S. Doa dan mohon pada-Nya adalah jalan terbaik. Semoga dengan amalan memakan daun herba ini dan sedikit diet serta pantang akan membantu.. InsyaAllah

Khasiat Watercress @ Selada Air

Khasiat Watercress @ Selada Air
Assalamualaikum guys... Kita lupakan dulu tentang hijrah aku dan mr. hubby Brunei - KK - Labuan yer coz aku nak kongsi dengan korang perkara yang lebih baik dan lebih sihat terutama kepada pesakit2 kanser dan kaki rokok. Percaya tidak sayur watercress atau selada air ini boleh merawat penyakit kanser dan sangat baik untuk diet yag sihat.

Kandungan khasiatnya yang tinggi dan sumber vitamin yang terbaik kandungan B1, B2, B6, C, E, dan Karotena. Selain itu watercress mempunyai sumber kalsium yang baik, serat besi dan tembaga. Disini aku kongsikan serba sedikit kebaikan dan khasiat memakan daun watercress.

KELEBIHAN MEMAKAN WATERCRESS ATAU SELADA AIR
·  Mengandungi ciri2 anti-kanser
·  Mengurangkan kerosakan DNA sel2 darah dalam pembinaan KANSER
·  Membantu melindungi mata kerana ia mengandungi tahap dua karotenoid, Lutien dan Zeaxanthi yang tinggi
·  Membantu stable kolestrol dan tekanan darah
·  Meningkatkan tenaga seksual dan meningkatkan kesuburan
·  Membantu memori bertambah baik, mental dan melambatkan proses penuaan
·  Menguatkan badan terutama aliran darah
·  Rendah kalori dan tinggi potassium yang penting untuk diet kerana tindakan diuretik menarik bendalir berlebihan ke bawah dan keluar dari tubuh badan
·  Membantu memperbaiki penghadaman dengan mengawal selia aliran hempedu
·  Memperbaiki kulit
·  Daun watercress kaya dengan klorofil dan membantu pernafasan berbau
·  Mengunyah watercress mentah2 dapat merawat gusi berdarah
·  Membantu melegakan pembesaran kelenjar prostat, pembengkakan kaki da pergelangan kaki terseliuh - Ambil daunnya dan di tuamkan kepada tempat2 tersebut
·  Merupakan sumber iodin yang penting kepada fungsi kelenjar tiroid
·  Kaya dengan kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi

Resipi Salad Watercress
·  Olive oil (extra virgin atau biasa) + mustard + Apple cider vinegar + salt + pepper = gaul rata atau masukkan bahan2 ke dalam botol kaca kecil yang bertutup dan goncang rata. Curahkan atas watercress salad dengan potongan tomato cherry atau avocado.

Nota
Penemuan utama diet Watercress atau selada air adalah kadar pengurangan yang sangat ketara dalam kerosakan DNA kepada limfosit (sel2 darah putih) sebanyak 22.9%. Boleh baca selebihnya www.medicalnewstoday.com

P.S. Setiap hari makan watercress atau selada air ini boleh menjadi lebih sihat dan kulit lebih cantik. Yang penting ia dapat membantu kepada pesakit2 kanser. Terdapat di pasaraya2 terkemuka. Sodap di buat sandwich, salad atau soup. Cubalah pelbagai resipi watercress di watercress.com/recipes.aspx .. Soon akan kongsikan dengan korang tentang kelebihan memakan salad atau sayuran roket yang sangat tinggi khasiatnya. I love rocket so much. Yummy....

Khasiat wheatgrass atau rumput gandum

Ahad, 30 Oktober 2011

Khasiat wheatgrass atau rumput gandum untuk kesihatan

Assalamualaikum guys.. Pernah dengar tentang rumput gandum atau nama saintifiknya wheatgrass? Rupanya memang sama dengan rumput yang kita lihat di luar kawasan padang tetapi bentuknya lebih tinggi dan halus serta mempunyai 22 vitamin, 92 mineral dan 8 asid amino. Kebaikan jus ini juga memberi manfaat untuk kesihatan yang di sebabkan oleh kepekatan klorofil yang tinggi vitamin A, B-12 (complex) B-6, C, E, K dan beta karotena. Paling penting ia adalah sumber terbaik kalsium. Bagus bukan?

Wheatgrass atau rumput gandum juga dapat ;
  • membuang toksin dalam badan
  • membersihkan kolon (dalam usus)
  • meningkatkan tenaga
  • meningkatkan imun sistem
  • membersihkan darah
  • mempunyai struktur molekul yang sama kepada hemoglobin (komponen darah)
  • kaya dengan kandungan klorofil
  • mengandungi sumber terbaik kalsium, fosforus, kalium, magnesium, zink dan natrium
Minuman wheatgrass dapat mengurangkan kesan2 yang telah merosakkan darah setelah membuat kemoterapi. Perkara ini tidak ramai yang ketahui kerana selepas penyelidikan ternyata wheatgrass mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Baca SINI untuk ketahui therapy menggunakan wheatgrass atau rumput gandum
Ternyata wheatgrass atau rumput gandum ini memang sangat baik untuk pesakit kanser (terutama yang telah menjalani kemoterapi) , penyakit2 yang lain, kesihatan dan bagus untuk diet. Jom kita cuba buat jus wheatgrass atau rumput gandum nih. Untuk mendapatkan original rumput gandum ini memang susah terutama di negara asia tetapi boleh mendapatkan dalam bentuk serbuk atau liquid dalam botol..

Cara2 yang terbaik untuk membuat jus wheatgrass atau rumput gandum
  • rumput gandum - agak2 untuk hidangan satu gelas
  • jangan sesekali blender rumput gandum kerana boleh merosakkan khasiatnya
  • sebaiknya guna mesin jus sebenar
  • atau potong2 kecil rumput gandum dan masukkan dalam kain yang mudah di perah
  • ramas2 dan perah rumput tersebut hinga bertukar warna kepada seakan2 pudar atau putih
  • campurkan air dan sedikit gula. Jika mahu lebih sedap boleh di campurkan dengan sedikit susu segar + ais kiub. Superb

Korang boleh dapatkan di kedai2 organic atau kedai ini juga


Organic Life Cafe
No. 32-1, Jalan PJU 5/10,
Dataran Sunway,
47810 Kota Damansara,
Selangor, Malaysia.

Nota : Jika rumput gandum ini mempunyai 22 vitamin dan zat2 yang lain kenapa tidak kita cuba sesekali untuk kesihatan, pesakit kanser/kimo dan diet yang lebih baik.

P.S. Last aku dapat minum wheatgrass nih masa pergi makan2 kat seafood rest. Tapi diorang buat sangat2 manis. Anjat boboi.. Hik3... Tapi aku minta diorang tukarkan yg less ice cube + gula but with milk. Ohhhhh..... superb.. Nak lagi dan lagi dan mau ler... hik3.. Ok guys.. Gd luck untuk mendapatkan wheatgrass nih. Aku tahu kat Malaysia senang nak dapatkannya. Kalau boleh carilah jus yang di buat original rumput gandum. Baru terasa... Chow sin chi