Perihal kelapa
Kelapa
mudah pecah jika terdedah pada panas matahari! Ia akan membentuk garis lurus
seperti garisan khatulistiwa bumi apabila ia pecah akibat terdedah pada panas
matahari!
Biji
kelapa yang membujur dari tangkai ke hujung buah mempunyai isirung yang sekata
dan lebih tebal manakala biji kelapa yang meleper dari tangkai ke hujung buah
mempunyai isirung yang tidak sekata dan lebih nipis.
Pokok
kelapa disebut Allah dalam surah Ibrahim, ayat 24 dan 25 iaitu sebagai pohon
yang teguh dan banyak sekali manfaatnya kepada manusia! Berapa banyakkah
manusia yang bersyukur kepada Allah atas nikmat Allah ini?
Dalam
badai tsunami yang melanda Acheh, pokok kelapa adalah satu satunya pokok yang
tahan menahan serangan air laut disamping bangunan masjid sendiri yang tidak
rebah tersungkur menyembah bumi! Peliknya, hanya masjid Allah yang berdiri
teguh, bangunan lain di sekitar masjid habis ranap dibedal ombak tsunami! Dalam
peristiwa ini, pokok kelapa menepati perumpamaan yang disebut Al Quran dalam
surah Ibrahim, ayat 24 dan 25.
Pokok
kelapa memberi 1001 manfaat kepada manusia. Penyapu lidi, umbut kelapa, ketupat
kelapa, kraftangan kelapa, santan kelapa, minyak kelapa, air kelapa sebagai ORS
apabila cirit birit, air kelapa sebagai penambah tenaga bagi atlit yang keletihan
dsbnya. Kelapa juga dibuat sebagai tiang pondok, titi/ghetak dsbnya! Air kelapa
tidak mempunyai sebarang pengawet, pewarna, pengemulsi, MSG dsb yang boleh
memudaratkan kesihatan anda!
Air
kelapa mengandungi garam kalium (K+). Garam kalium memberi kesan
relaksasi kepada otot anda! Namun demikian, jika anda terlampau banyak meminum air
kelapa, jantung anda boleh terhenti dalam relaksasi dyastole akibat K+ terlebih!
Proses ini boleh diterbalikkan dengan garam kalsium yang menggalakkan
pengecutan otot! Buah-buahan lain seperti pisang dan limau / oren juga
mengandungi banyak sekali garam kalium (K+).
Minyak
kelapa telah difitnah oleh pengeluar minyak soya, minyak bunga matahari, minyak
jagung, minyak zaitun, minyak kanola, dsbnya kononnya minyak kelapa
memudaratkan kepada kesihatan! Akibatnya pakar pakar dan doktor perubatan
sendiri mempercayai fitnah ini bahawasanya minyak kelapa memudaratkan
kesihatan!!! Begitu juga dengan pakar pemakanan dan dietician kesemua mereka
mengatakan minyak kelapa dan santan kelapa memudaratkan kesihatan tanpa usul
periksa terlebih dahulu! Begitulah kuatnya hasil fitnah dan tohmahan pihak
pihak berkepentingan mendapatkan wang besar!!
Sebenarnya
minyak kelapa adalah minyak yang paling baik! Minyak tepu rantaian sederhana
dari minyak kelapa menyerupai medium chain fatty acid dalam susu ibu! Ia
bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan antioksidan! Tidak adil
jika hanya laman ini yang memberikan pendapat mengenai kelapa! Lebih adil lagi
saksama jika anda sendiri mencari maklumat mengenai kebaikan kelapa dan
kongsikan untuk kepentingan bersama sama kita di sini... Maklumat yang sahih
lagi benar perlu didapati daripada pakar pakar perhutanan ( FRIM, Mardi, UPM )
dan pakar mikrobiologi / botani dari universiti!
Amalan
meminum minyak kelapa dara sebanyak 2 sudu besar setiap pagi sudah cukup bagus
untuk membekalkan anda dengan sesuatu yang bagus! Apabila dimakan dalam jumlah
yang betul, miyak kelapa dara tidak menggemukkan anda! Minyak yang tidak baik
untuk kesiahtan anda adalah long chain saturated fatty acid! Trans Fat adalah
minyak yang paling buruk bagi kesihatan anda !!!
Visceral
Fat adalah lemak yang membaluti serta berada di sekeliling organ dalaman anda
seperti jantung, buah pinggang, spleen, hati, pankreas, taliperut dsbnya!
Semakin banyak Visceral Fat maka semakin berisiko anda kepada sakit jantung,
kencing manis, stroke dsbnya!
Minyak
poli tak tepu adalah tidak baik jika digoreng atau dipanaskan! Lengan unsaturated
akan terurai oleh haba dan bebas memegang toksin yang terbentuk semasa
pemanasan! Antara toksin yang boleh dipegang oleh lengan tak tepu ini apabila
terurai dalam kuali anda adalah dioxin! Anda boleh googlekan kesan2 buruk
Dioxin atau gunakan pautan HSDB di pautan laman perihalbarah!
No comments:
Post a Comment