Sunday 15 April 2012

Sabah snake grass ubat kanser

Jumaat, 22 Julai 2011

Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser


Assalamualaikum guys... Rasanya sekarang ramai dikalangan kita atau keluarga mendapat penyakit kanser. Adakah ini berpunca dari keturunan atau penyakit itu datang dari pemakanan kita?? Terlalu banyak memakan makanan segera dalam tin juga boleh membawa kepada gejala penyakit. Begitu juga air atau makanan yang disimpan dalam bekas plastik dan bekas polystyrene yang tidak selamat juga boleh membawa kepada kanser.

Berbalik kepada khasiat DAUN BELALAI GAJAH atau SABAH SNAKE GRASS. Pernah dengar bukan? Ada yang pernah dan ada yang tidak tapi tidak kisahlah asalkan daun ini boleh membantu kita dari penyakit yang boleh membawa kepada maut iaitu KANSER. Sebenarnya agak susah untuk mendapatkan daun belalai gajah ini. Tetapi banyak terdapat di perkampungan sahaja.

Khasiat DAUN BELALAI GAJAH atau SABAH SNAKE GRASS boleh mengubati penyakit Kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patiens, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi.

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah
  • Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

  • Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.


Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :
  • Stage 1 : 30 daun setiap hari
  • Stage 2 : 50 daun setiap hari
  • Stage 3 : 100 daun setiap hari
  • Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari
Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah

Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikot, serai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit merbahaya (Ara Padang, Semalu, Akar Rumput, Bayam Duri, Belimbing pasir, Kemunting Cina, Letup letup, Rempah Gunung dsbnya). Klik tajuk2 dibawah ini untuk khasiat2 buah2an dan sayur2an yang merawat KANSER.

P.S. Perbanyakkan memakan buah betik dan nenas kerana buah2an ini banyak membantu semasa pemprosesan meminum jus daun belalai gajah, beet root, biji aprikot, daun durian belanda. Selamat mencuba dan yang penting pasang nawaitu dalam hati supaya lekas sembuh. InsyaAllah itu semua dgn izin-Nya
P.S.1 kedua.. Jalan terbaik adalah jika jumpa daun belalai gajah nih ambil batangnya untuk ditanam.. Tanamlah dikawasan rumah agar mudah untuk kita mendapatkannya.. selamat bercucuk tanam...

Selasa, 19 Julai 2011

Ladang daun belalai gajah @ sabah snake grass ada di Seremban


Uncle Yip di ladang Pekan Pantai Seremban.. Lebat dan banyak betul daun Belalai Gajah nih..
Assalamualaikum guys... Finally alhamdulillah... Berkat pertolongan dan info dari sahabat kita Raja Sakdah akhirnya bertemu juga dengan herba yang boleh merawat penyakit KANSER iaitu daun Belalai Gajah @ Sabah Snake Grass ini. Memang sangat susah untuk mendapatkan bekalan ini namun tidak dijangka ada juga yang menanamnya dengan banyak sekali.
Jom kita kenal dengan Uncle Yik Poh Ling dari Pekan Pantai Seremban. Beliau adalah salah seorang penanam daun belalai gajah. Ladang herba ini terletak berhampiran bandar Pantai kira2 10km dari Seremban. Ladang seluas 12 hektar ini bukan saja mempunyai herba daun belalai gajah tetapi juga ditanam lebih 500 herba yang lain dan sebilangannya berasal dari negara Asia. Meh baca selanjutnya di blog beliau Uncle Yik Poh. Hubungi atau datang terus ke ladang beliau di Pekan Seremban 012-6773693

Nota:
Semoga apa yang korang tercari2 sekarang ini sudah dapat diatasi. Pergilah kesana dan bantulah kepada mereka yang memerlukan. Dan cubalah cara yang aku pernah berikan sebelum ini. Baca sini dan sini untuk mengetahui cara membuat jus serta pantang2nya semasa pengambilan daun herba ini.
P.S. Doa dan mohon pada-Nya adalah jalan terbaik. Semoga dengan amalan memakan daun herba ini dan sedikit diet serta pantang akan membantu.. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment